Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Monday 1 February 2016

RAINBOW CHIFFON CAKE


Tak tau nak cerita macam mana lembutnya.. lembut sangat... suka hati buat menjadi sebiji macam kat pasaran.. tapi yang ni lg umphhh cantik warna warni bagai pelangi..




RAINBOW CHIFFON CAKE
By ~ ALeen Aireish
sumber ~ kak ida osman/kak shima

Bahan-bahan : A
8 bj kuning telur
50 gm gula castor
20 gm susu tepung
20 gm tepung jagung
150 gm tepung kek self raising flour
1 tsp baking powder
100 ml minyak jagung [myk masak pn blh]
100 ml santan [susu cair pn blh]

Meringue : B
8 bj putih telur
120 gm gula castor

Perwarna kesukaan

Cara-cara :
- susu tpg + tpg jagung + tpg kek + baking powder satukan dan ayak, ketepikan
- pukul kuning telur & gula hingga kembang
- satukan minyak + santan/susu cair, ketepikan
- masukkan tepung yg diayak td berselang seli dgn minyak + santan hingga habis
- putih telur putar jadikan meringue hingga bertanduk. tuangkan meringue ke dlm bekas A, kaup balik hingga sebati
- sementara nk siapkan panaskan oven.. bahagikan kpd bbrapa bahagian & titik kan warna kesukaan
- sediakan loyang chiffon bakar suhu 170 bakar mula2 guna api bawah, 10-15 minit terakhir guna api atas bawah bergantung pd oven masing2.. 40-45 minit
- dh masak terus telangkupkan atas redai

~> tak perlu gris loyang
~> nk guna tpg gandum blh tp perlu ayak 3x ok.. jgn tnya knp.. buat je.. tak buat dosa tongue emoticon
~> sukatan dlm cawan tak ada yer.. belajar lah buat sukatan sendiri.. kak ton pun dpt sukatan dlm gram je










SELAMAT MENCUBA ...

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo