Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Monday 1 February 2016

IKAN MASAK SAMBAL HIJAU

Menu kegemaran en hubby .. terangkat sedap walaupun sempoi katanya..






IKAN MASAK SAMBAL HIJAU
By ~ ALeen Aireish

6 ekor ikan kembung / selar /sardin
1 biji bawang holland kuning potong bulat
16 biji cili **
2 biji cili besar **
1 labu bawang besar **
4 ulas bawang putih **
[bahan bertanda ** dikisar]
1 s/mkn sos tiram
air asam jawa
garam & gula secukupnya
minyak untuk menumis
sedikit air panas


Cara-cara :
- ikan cuci bersih, campur serbuk kunyit + garam, gaul, goreng hingga masak.. ketepikan
- panaskan minyak dlm kuali, tumis bahan kisar hingga garing naik bau, masukkan air asam jawa + sedikit air panas masak sebentar
- masukkan garam + gula secukup rasa + sos tiram + bawang yg dipotong bulat masak gravy sedikit pekat.. masukkan ikan, gaul sekata siap dihidangkan

SELAMAT MENCUBA!!!



No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo