Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Tuesday 27 September 2011

JELLY DIAMOND GULA MELAKA

Seperti biasa Aleen cuba cuba resipi .. pertama kali tengok agar-agar ni berkenan di hati .. Terasa sejuk jew bila makan .. nak pula dari peti ais mmmmm sedap nye .. budak2 pun suka .. bahan-bahan pun simple ajer .. mudah juga buat nye ..

Nama nye pun grand jew DIAMOND hehee... tu diaaaaaaaaa ehhh .. besar nyer diamond tu .. apa lagi u alls cuba lah .. kalau kreatif uabah2 lah .. edit2 lah ikut citarasa .. mana tau kot2 up lagi rupa Jelly Diamond ni ..



By ~ Aleen Aireish
sumber ~ mr google

JELLY DIAMOND GULA MELAKA

Bahan-bahan :
6 gram agar-agar serbuk ( boleh guna agar-agar stripe )
1/2 ketul gula melaka, saiz kecil ( di cincang halus) * guna gula merah pun blh
1 1/2 cawan susu kacang soya ( boleh ganti dengan susu segar atau susu ideal)
1 helai daun pandan
2 sudu besar gula
400 ml air

Cara-caranya

1. Serbuk agar-agar tu bahagi dua, satu bahagian di campur dengan air susu kacang soya, (lebih kurang 1 1/2 cawan tu 350ml) kacau sebati dan masukkan 2 sudu besar gula, masak sehingga gula larut. angkat dan masukkan dalam bekas petak kecil, sejukkan.

2. setelah agar-agar kacang soya tu sejuk, potong dadu, taburkan agar-agar yang telah dipotong bentuk kiub kecil tadi di dalam loyang petak dan ketepikan, kemudian ambil baki agar-agar serbuk,dan campurkan dengan 400ml air, dan masukkan gula melaka, dan daun pandan yang telah di simpul, biarkan gula melaka larut.

3. Setelah semuanya sebati , curahkan adunan gula melaka di dalam loyang yang mengandungi kiub agar-agar soya dan kacau perlahan menggunakan sudu, setelah agak sejuk, masukkan didalam peti ais beberapa jam, potong agar-agar bentuk diamond(potong bentuk triangle) dan sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

**gula merah blh digunakan jika tiada gula melaka.

style aleen masak ..
aleen masak..aleen guna sepeket agar2 tali 25g, aleen bahagi 2. 1/2 utk soya, 1/2 lg utk gula melaka. sukatan air utk masak gula melaka 3 cawan air, utk soya 3 cawan soya. gula agak2 rasa manis..coz gula melaka dh rsa manis skit..ikut citarasa manis nk byk mana..



part keraskan agar2 soya, suka hati nk guna mould jenis apa utk jadikan diamond .. klo ikut resipi atas ni hanya potong2 dadu shj ..


agar2 soya dh keras, susun dlm loyang, suka hati nk susun mcm mana ok..


 tuangkan agar2 gula melaka ke dlm pan ni .. biarkan keras sedikit kemudian simpan dlm peti ais ..


dah siap.. boleh potong dan makan ..

SELAMAT MENCUBA !!!!

 

Saturday 24 September 2011

Resepi ~ Milo-Ko Jelly Cute

Bahan-bahan Lapisan Atas :
25g agar2 tali (1 pkt)
6 cwn air
1 cawan milo
3 sudu besar serbuk koko
1/2 cwn gula pasir
1 penutup esen vanilla [aleen gunakan penutup botol esen vanilla utk sukatan]

Cara-Cara:-
Masak agar-agar bersama air hingga agar2 larut. Masukkan gula dan milo, kacau perlahan hingga gula larut. Tapiskan.
Tuangkan aduna ke dalam loyang empat segi 20 x 20 cm ataupun dalam acuan yang dikehendaki. Biarkan beku sebentar.
Kemudian cakar sedikit permukaan lapisan coklat dengan garfu dan bolehlah dituangkan lapisan susu nnt.

Lapisan bawah :
25g agar2 tali (1 pkt)
5 cwn air
1 tin susu cair [apa2 brand pun blh]
1/2 cawan gula

Cara-Cara:-
Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut.
Masukkan gula dan kacau sebati hingga gula larut. Tapiskan.
Masukkan susu sejat dan esen vanila.
Dengan perlahan-lahan, tuangkan adunan ke atas lapisan coklat tadi. Letak dalam fridge dan hidangan sejuk2.

by aleen..selamat mencuba

Thursday 22 September 2011

INFO > Sukatan Air Dan Jenis Agar-Agar

Jenis Agar-Agar Dan Sukatan Air
Terdapat 3 jenis agar-agar :
1) serbuk
2) panjang (tali)
3) agar-agar segera (instant jelly)

1) Agar-agar serbuk :
- Dijual dlm paket 13g dan 25g.
- Berserbuk putih tanpa warna dan perasa.
- Utk dptkan agar-agar tak berair, setiap sukatan utk satu paket 25g adalah 1500ml (1.5 liter) iaitu air sahaja atau campuran (air, santan atau susu). Manakala utk mndptkan agar lbh smooth tambhkn cecair tak lbh 2500ml (2.5 liter) .
- Agar-agar serbuk mngkin ada brlainan jenis, ada yg dicampur pewarna, seeloknya sblm beli atau buat..baca arahan di label dahulu..ikut sukatan yg diberikan..


2) Agar-agar Tali (Strips) :
- Boleh didapati dalam paket plastik panjang.
- Ada size dan berat 12g, 20, 24, 30g. Agar-agar ni perlu direndam dahulu utk melembutkannya seblm dimasak larut..lebh kurang 3jam.
- Bagi mndptkan sukatan yg betul utk agar-agar tali 24g yg direndam kembang gunakan 1300ml (1.3 liter) sukatan cecair dan pastikan agar-agar dimasak hingga larut seblum dimasukkan gula.


3) Agar-agar Segera (Instant Jelly) :
- Didapati dlm 2 bentuk, satu dlm bentuk serbuk putih tiada perwarna dan gula, satu lg dgn perwarna dan perasa.
- Agar-agar pewarna biasa digunakan utk campuran dalam membuat kastad, mousse atau glaze utk kek dan puding. Digunakan sedikit shj dlm campuran kastad utk mnjadikan tekstur puding, mousse atau kek yg berkastad lbh keras, tdk lembik dan senang dipotong.
- Agar-agar perwarna dan perasa dijual dlm paket atau kotak dan complete di dlm kotak tu dgn perasa sprt pandan, rose, orange, strawberry dan dgn perwarna hijau, merah dan kuning.
- Agar-agar instant ini lbh lembik, sesuai utk menyediakan puding sprt triffle, glaze utk kek atau mousse.
- Agar-agar segera yg tlh mengandungi campuran gula, perasa dan perwarna hanya perlu menjerangnya dgn cecair shj mengikut sukatan pd kotaknya.
- Untuk mndptkan tekstur yg lbh keras kurangkan sukatan air dlm agar-agar/jelly instant atau mncampurkan dgn sedikit serbuk agar-agar utk mengeraskannya.


**kebanyakkan di paket atau kotak agar-agar tlh disediakan sukatan cecair dan gula, baca ikut arahan yg tertera sprt di paket tu.

sharing info by : > blog cita rasa wan. thnx k wan, [sharing is caring..minta dihalalkan]

Tuesday 20 September 2011

Resepi ~ Agar Agar Oreo

Agar-Agar Biskut Oreo
1 paket agar2
1 paket biskut oreo yg size pnjg [keluarkan jem] / [kepingan oreo ditumbuk @ dikisar]
1 tin susu cair
1 helai daun pandan
4 cawan air [utk masak agar2]
gula pasir (ikut taste sendiri manis nk byk mana)

Cara buat :
Bersihkan agar2 kemudian masakkan dgn 4 cawan air sehingga hancur. Kemudian tapiskan. Selepas itu masak semula ke dlm periuk, masakkan dgn api perlahan. [tujuan nya utk dptkan agar2 yg licin x berketul]. Masukkan daun pandan, susu cair..kacau. lps tu masukkan gula pasir kacau hingga gula hancur..biarkan agar2 td mendidih dgn api perlahan..tp AWAS jgn lupa tengok2 semasa mendidih tu takut nnt melimpah keluar..Tutup api, masukkan dlm loyang biarkan sekejap..dh agak kurang panas..suam2 taburkan kisaran biskut oreo td di atas agar2 tu..biarkan agar2 tu keras..lps tu potong dan makan..


SELAMAT MENCUBA..

JOM MAKAN!!! AGAR AGAR NI DALEEN BUAT UTK OPEN HOUSE RUMAH MAKCIK SABTU HARI TU..

INFO ~ TAK HALAL - GOLDEN CHURN CREAMY BUTTER




[BH] KUCHING: Kekeliruan mengenai status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ terjawab semalam, apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengesahkan ia tidak halal kerana mengandungi DNA babi.

Sebelum ini orang ramai keliru apabila JAKIM dalam surat bertarikh 30 Jun lalu kepada pembuat mentega itu mengesahkan mentega jenis itu tidak mengandungi DNA babi, sedangkan Majlis Islam Sarawak dalam kenyataan pada 28 Julai lalu, mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.

Mesyuarat bagi membincangkan status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ itu berlangsung di sini petang semalam dan disertai beberapa agensi berkaitan mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
P/s: Sila ambil perhatian! Mentega ini berdasarkan laporan media lazim digunakan dalam pembuatan Kek Lapis Sarawak sejak empat dekad lalu.
Yang peliknya, Malaysia yang kononnya mahu menjadi hab halal serantau gagal memastikan makanan yang dibawa masuk ke negara ini halal atau tidak. Sepatutnya, sebelum dipasarkan, makanan yang tidak halal perlu diberi label "TIDAK HALAL" secara jelas agar orang Islam tidak membelinya. Bukan makanan HALAL sahaja diberi label, tetapi makanan tidak halal perlu diberi label. Pengilang/pengedar yang didapati mengeluarkan/mengedarkan/menjual makanan yang mengandungi unsur tidak halal perlu dikenakan hukuman yang berat.

KEPADA KAWAN2 ALEEN YG NK BUAT BISKUT RAYA ATAU NAK MASAK APA RESEPI SEKALI PUN..HARAP AMBIL PERHATIAN DENGAN PRODUK TIDAK HALAL TERSEBUT..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kek lapis guna mentega Golden Churn dimusnah
Pengusaha perlu samak peralatan sebelum buat kek baru
[BH] KUCHING: Pengusaha kek lapis Sarawak yang menggunakan mentega jenama Golden Churn Creamy Butter yang disahkan mengandungi DNA babi, disaran memusnahkan stok mereka dan menyamak semua peralatan dan kelengkapan memasak sebelum menghasilkan semula kek berkenaan untuk dipasarkan.
Ia perlu dilakukan kerana ramai pengusaha menyediakan stok bernilai sehingga jutaan ringgit sejak tiga bulan lalu untuk menampung permintaan sambutan Aidilfitri, pada akhir bulan ini.
Mereka perlu berbuat demikian bagi mengelak menanggung dosa selepas mengetahui produk yang dihasilkan tidak halal dimakan.
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman, berkata berdasarkan hukum Islam, menyamak adalah wajib kepada lebih 400 pengusaha kek lapis di Sarawak kerana mentega jenama berkenaan antara yang popular serta paling banyak digunakan bagi menghasilkan kek lapis yang tahan lama serta mampu disimpan sehingga enam bulan.
BERHATI-HATI KETIKA MEMBELI KEK LAPIS..WALAUPUN PENJUAL TU MUSLIM..

Gulai Lemak Cili Api Seafood






Bahan-Bahan :
15 atau 20 ekor udang size XL/XXL
2 ekor sotong size XL/XXL
1 bj bawang besar [belah 4]
7 biji cili api [ditumbuk brsama dgn sedikit garam]
2 biji cabai merah [hiris biasa utk hiasan] tp dlm pic ni daleen x letak lupa nk beli masa g kedai..
15 atau 20 batang kacang buncis [hiris panjang2 sikit..]
1 kotak santan [daleen biasa guna kotak]
3 cawan air suam [jika pekat tambh lg air..ikut citarasa sendiri]
sedikit serbuk kunyit..[tp kalau nk dptkan hasil yg lbh menarik kisar atau tumbuk kunyit hidup]
sedikit garam
sedikit perasa
sedikit gula

cara-cara :
- masukkan udang & sotong yg sudah dibersihkan ke dlm periuk atau kuali
- masukkan bawang besar belah 4 tu juga
- masukkan santan bersama dgn air
- taburkan serbuk kunyit, cili ditumbuk..gaul..
- pasangkan api perlahan..biarkan mendidih [tp kena rajin2 tgk dan timba kuah perlahan-lahan utk elakkan santan pecah..]
- bila dh agak2 nk masak seafood tu masukkan kcg buncis..kacau perlahan..
- last, masukkan semua bahan perasa..kacau perlahan, jgn tunggu lama sgt nnt kcg buncis layu xde zat..kurang sedap..
- tutup api..hidangkan..taburkan cili merah yg dihiris utk hiasan..

SELAMAT MENCUBA..

Thursday 15 September 2011

INFO > Punca Kek Tak Jadi..Kenapa yer!!

Info ni daleen sharing dr satu laman..bagus utk tips ketika kita memasak kek..Terima Kasih kepada Tuan yg punya info ni.

Kek Mentega [butter cake] : ~
kek tenggelam dan bantat di bahagian tengah selepas keluar dr oven
Puncanya : Kek belum masak betul

Ketika Membakar Bahagian Tengah Tenggelam : ~
Puncanya : Adunan kek dipaksa untuk naik dgn cepat akibat suhu oven terlalu panas akan menghasilkan kek yang tenggelam di bahagian tengah.

Kerak Yang Bergula Pada Keliling Kek : ~
Puncanya : Mentega dan gula tidak dipukul elok.

Terdapat Tompok-tompok Putih Pada Permukaan Kek : ~
Puncanya : Gula yg tidak larut atau tidak dipukul secukupnya. Seeloknya utk resepi kek mentega yg ringan, gunalah gula "caster" agar mudah larut dan cepat sebati dgn mentega.

Kek Tenggelam Terus / Bantat : ~
Puncanya : Suhu oven terlalu panas, kek terlalu lama dibakar dan cara memukul/mixer bahan x kembang.

Kek Berderai Bila Dipotong : ~
Puncanya : Mentega dan gula dipukul keterlaluan atau telur dimasukkan terlalu cepat di mana adunan mentega dan gula belum sebati.

Kek Melekat Pada Loyang Pembakar : ~
Puncanya : Terlalu byk gula atau bahan manisan yg lain dlm resepi. Jika resepi menggunakan madu atau sirap kencana [golden syrup] atau guna loyang pembakar yg baru, sebaiknya sapu dasar dan keliling loyang pembakar dgn mentega atau guna alas kertas putih.

Kek Naik Lepas tu Retak Di Tengah : ~
Puncanya : Loyang pembakar terlalu kecik atau suhu oven terlalu panas.

Keliling Kek Keras : ~
Puncanya : Adunan dipukul terlalu lama apabila dimasukkan tepung ke dalam adunan mentega. Sebenarnya kaup dan balikkan tepung hingga sebati shj. Memukul terlalau lama akan menarik struktur gulten pd tepinya dan menyebabkan ia keras.

Kek yg Telah Dibakar Berlubang : ~
Puncanya : Adunan mentega dan gula tidak dipukul hingga kembang atau suhu terlalu panas.

Tuesday 13 September 2011

INFO untuk Sukatan menyediakan bahan - Refer sini

INFO SUKATAN
Sukatan dari cawan ke gram/liter
Tepung
1/4 cup = 30gm
1/2 cup = 60gm
1 cup = 125gm
6 3/4 cups = 1kg (1000gm)
Gula atau Mentega
1/4 cup = 60gm
1/2 cup = 125gm
1 cup = 250gm
Cecair
1/4 cup = 50ml
1/2 cup = 125ml
3/4 cup = 180ml
1 cup = 250ml
4 cups (1 quart) = 1 Liter
~..~..~..~..~..~..~..~..~..~.. ~..~..~..~
sukatan cawan ke gram (oz)
1 cup plain flour = 125g ( 4 0z)
1 cup self raising= 125g ( 4 oz)
1 cup castor sugar = 250g ( 80z)
1 cup brown sugar = 185g ( 4 oz)
1 cup icing sugar = 125g ( 4 oz)
1 cup sultana= 125g ( 4 oz) sejenis kismis yang digunakan untuk membuat kek dan puding
1 cup coco = 125g ( 4 0z)
1 cup walnut = 125g ( 4 oz)


harap info ni dpt menolong anda..

Puding Roti Coklat Gula Hangus







Bahan-bahan ( 1 loyang (sederhana kecil) )

8 keping roti (boleh kurangkan kalau nak hasil yang lebih lembut. eira punya puding agak keras sebab guna banyak roti)
6 butir telur
1 cawan air
1 cawan gula halus mengikut citarasa (utk blend)
1 cawan gula halus (utk gula hangus)
sedikit susu pekat (mengikut citarasa)
sedikit esen vanilla
hiasan (mengikut citarasa)

Cara-cara :

sediakan periuk pengukus. biar air mendidih.

sementara itu, buang tepi roti (yang hitam) dan jadikan roti (bhg putih) kepada cebisan yang agak kecil.

blend cebisan-cebisan roti tadi bersama telur, gula halus, susu, air dan esen vanilla sehingga halus. ketepikan dahulu..

kita move pada gula hangus pula. seperti biasa, panaskan gula hangus sehingga menguning. jangan hitam sangat.. nanti pahit.

matikan api, tambahkan air sedikit kepada gula hangus tersebut. Dengan pantas kacau air dan gula hangus tersebut supaya sebati. (hati2 sebab dia merecik sedikit)

tuang gula hangus tersebut sehingga rata ke dasar permukaan loyang. dan kemudian diikuti dengan kisaran roti.

kukus sehingga masak.. anggaran dalam 40~45.. tapi boleh juga check dengan menggunakan lidi seperti biasa...

selamat mencuba..!!!

Apam Polkadot Daleen







APAM POLKADOT DALEEN

Bahan-bahannya:
3 biji telur sejuk dari peti ais
275 gm tepung gandum + 3 sudu teh baking powder = diayak sekali
1 sudu kecil ovelette
220 gm gula halus
150 ml susu segar
1 sudu esen vanilla

pewarna ikut citarasa
 
inti/filling : blueberry . strawberry atau apa2 saja
caranya:

1) pukul telur putih sampai kembang
2) kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla - pukul sampai kembang lagi.
3) pastu masukkan gula..pukul sampai kembang lagi.
4) masukkan tepung + baking powder selang seli dengan susu (masa ni kacau dengan senduk je.. bukan dengan mixer.
5) bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
6) masukkan setiap warna dlm piping bag @ plastik bersih
7) picit adunan ke dalam mangkuk kertas
8) letakkan inti - nak senang masuk dlm plastik pastu picit
9) picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh = kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan
10) kukus 10-15 minit.

SELAMAT MENCUBA

Brownies Daleen

  • BROWNIES DALEEN

    Bahan A
    1 cawan susu cair
    1 cawan butter cair
    1 cawan air panas
    2 cawan gula perang [brown sugar]
    Bahan B [kacau rata]
    2 biji telur gred B
    1 s/k esen vanilla
    Bahan C [ayakkan]
    2 cawan tepung gandum
    1 cawan serbuk koko
    1 s/k baking powder
    1 s/k soda bikarbonat
    Cara
    1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
    2. Kacau bahan A supaya sebati.
    3. Masukkan bahan B.acau rata.
    4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
    5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
    6. Bakar selama 45 - 50 minit.
    7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.
    KERIM COKLAT
    Bahan
    250 gm cooking coklat [cap tulip]
    1 s/b butter/majerin
    1 s/k susu cair
    Cara
    1. Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
    2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
    3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.

    4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.

    BY ME.. SELAMAT MENCUBA

AGAR-AGAR LUMUT

Malam tadi buat..kesian kt hero sorang tu..byk hari dh minta agar2.. dengan masa yg x berapa nk cukup..bz dgn keje2 lain... capai jugak lah bahan2..tools kt dapur... disbbkn dh biasa buat agar2 ni x lah susah sgt aleen rasa... sekelip mata dh siap... tambah plak skrg ni panas jew cuaca kt luar sana.. basah tekak dgn agar2 yg simpan dlm fridge ni mmg best sgt..nyamannnnn.. nk try buat follow resepi aleen..





  • Agar-Agar Lumut Bersantan
    1 paket agar2 [nk powder pn blh..bertali pn blh]
    1 cawan santan [aleen guna yg kotak je..nk cpt]
    1 biji telur
    1 helai daun pandan
    4 cawan air
    2 cawan gula merah [dibancuh dgn 2 cawan air]
    gula pasir [agak2 lidah masing tau..aleen x sukat]


    Cara buat :
    - Bersihkan agar2..klo rajin rendam 1/2jam gitu bg kmbang..[tp aleen x buat pn..kejor masa] - kemudian masakkan dgn 4 cawan air sehingga hancur. Kemudian tapiskan. 

    - Selepas itu masak semula ke dlm periuk, masakkan dgn api perlahan. 
    - Kemudian masukkan air gula merah, daun pandan, gula pasir kacau perlahan smpi gula pasir td hancur..


    Note : 1 biji telur dan secawan santan dipukul dalam satu bekas.


    - Setelah agar2 td mendidih masukkan terus telur dan santan yg dipukul tadi, kacau perlahan hingga nampak telur dan santan td terapung-apung. 
    - Tutup api dan tuangkan ke dalam bekas dan biarkan sejuk. 
    - Kemudian masukkan ke dalam freeze..best bila makan agar2 ni sejuk.
    ~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~
    ALEEN UPLOAD PIC UTK REFER



    1 paket agar-agar tali


    2 cwn gula merah..guna cap bintang


    1 cwn santan. aleen guna yg kotak


    telur 1 bj


    masukkan telur sebiji dlm santan..dlm satu bekas besar sikit..senang nk pukul..



    dh siap pukul..dpt hasil mcm ni..


    ni agar2 lumut yg dh siap masak.. tunggu nk tuang dlm mould aje... tgk betul2 yer.. campuran santan & telur td akn jd terapung di permukaan..so terasing dari agar2... dpt hasil mcm ni in'allah kira menjadi lah agar2 lumut u all..


    sblm tuang agar2 tu make sure basahkan mould/loyang dgn air dahulu ok..jgn lap.. lps tu tuangkan lah agar2 td.. tujuan nye.. memudahkan keluarkan agar2 masa kita potong2 nnt.. dah siap simpan dlm fridge..sedap makan sejuk..x cayer cer try...tk tipu..mmg best gilerrr...


    dah keluarkan dr mould..dpt hasil mcm ni.. akan jd sprt 2 layer.. atas plain..bawah yg santan tu... nmpk shining mcm cermin kan!!... 

    SELAMAT MENCUBA!!!

KEK COKLAT MOIST KUKUS











Bahan-bahan : KEK COKLAT MOIST LEMBAP [KUKUS]
1. Tepung Gandum 2 cawan (ikut la cawan saiz apa pun.. )
2. Serbuk koko 1 cawan (guna serbuk koko Van Houten la, baru best)
3. Susu pekat manis 1 tin (tin yang panjang 250g)
4. Gula pasir 1 cawan
5. Telur 4 biji
6. Minyak masak Mazola atau Daisy 1 cawan
7. Air panas 1 cawan
8. Soda bikarbonat 1 sudu kecik (jangan terlebih lak, nanti rasa pahit)
 

Cara-cara nak masak :
1. Pukul telur ngan gula. (Kalau takde mixer, guna blender pun boley..)
2. Ayak tepung, koko dan soda bikarbonat.(campur skali)
3. Gaulkan bahan yang diayak tadi dengan susu manis.
4. Masukkan campuran telur yang dah dipukul tadi.
5. Gaulkan rata. Guna senduk ke, sudu ke, kacau..
6. Masukkan minyak masak. Gaulkan rata-rata.
7. Masukkan air panas. Gaulkan rata juga.
8. Masukkan bahan ni dalam loyang. Letak dlm bekas multipurpose plastik tu pn blh.. Tak payah letak minyak atau marjerin kat loyang tu.
9. Kukus selama 1 jam.  



SELAMAT MENCUBA..

Apam Beras Daleen

Bahan-bahan ( 5 org ) : APAM BERAS
2 cwn nasi 
2 cwn tepung gandum 
2 cwn tepung beras 
1 cwn brown sugar 
3/4 cwn gula 
2 1/2 cwn air 
1 sudu kecil yis (mauripan) 
kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara :
1.blend nasi dan air sehingga hancur. 
2.setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati. 
3.dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4.selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati. 
5.perap selama 3 jam. 
6.masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit.. 
7.hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!  
SELAMAT MENCUBA

hv fun with my cute photo